Muffin ni, perisa oren dengan buah-buahan kering (mix fruit).
Krim puff ni inti dia krim, mcm puding kastard laa... lovely.
Untuk sesiapa yang menggemari kek lapis, ini dia Kek Lapis Pandan dengan buah prune
Ini pula, Kek Lapis Asam Haw Flakes, meliur tu..
Kek Cawan atau lebih dikenalai sebagai Cupcakes,dengan buttercream decorating.. pelbagai warna, dan dekorasi... sesuai untuk jamuan parti harijadi, potong jambul, aqiqah atau diberi kepada tetamu sempena majlis pertunangan atau perkahwinan sebagai "door gift" .
Ini kek Coklat saya buat sempena majlis harijadi anak sulong yang ke-4,Kakak pada Julai baru-baru ini Kakak request nak kek dengan gambar watak kartun Dora The Explorer, puas aku cari, tak ada pula jual, saya beli je Upin & Ipin ni, Kakak minat juga. Selamat Hari Jadi Kakak. Kek ini saya topping dengan buttercream.
Coklat Brownies dengan badam cincang, dengan topping coklat ganache, ditaburi badam hiris.
Muffin Coklat dengan pelbagai taburan di atasnya.
Kek Keju Blueberry ni tempahan dari adik saya untuk hari jadi adik iparnya.
Ini ialah biskut berhias, biskut badam dihias dengan gula royal aising.
Biskut Makmor, tempahan dibuka untuk hari raya, RM16-50 biji. Jadi kalau 100biji jadinya RM32 la yer...
Ini di antara kuih, biskut,kek yang saya buat untuk dijual, dibuka untuk tempahan. Ada Kek Coklat, Kek Keju Blueberry, Muffins, Cupcakes dengan hiasan topping buttercream ataupun fondant, Biskut Berhias (royal aising), Krim Puff, Kek Lapis dengan berbagai perisa.
Thursday, August 5, 2010
My Lasagna
Inilah hasil lasagna, lama dah nak buat, tapi tak kesampaian. Cakap ngan cik abang, tiap2 hari makan nasi jer.. ape kata hari ni kita makan western sikit... dia setuju.Buat lasagna dengan mushroom soup sekali... nikmat. kalau nak resepi, nanti aku post kat sini yer... alahai.. copy dari tenet jugak... terima kasih la kepada orang yang mengepost resepi ke dalam tenet ni, moga ilmu yang dikongsi bersama mendapat ganjaran dari Allah s.w.t. amiin
Subscribe to:
Posts (Atom)