Thursday, August 5, 2010

Tempahan dibuka

Muffin ni, perisa oren dengan buah-buahan kering (mix fruit).


Krim puff ni inti dia krim, mcm puding kastard laa... lovely.


Untuk sesiapa yang menggemari kek lapis, ini dia Kek Lapis Pandan dengan buah prune


Ini pula, Kek Lapis Asam Haw Flakes, meliur tu..


Kek Cawan atau lebih dikenalai sebagai Cupcakes,dengan buttercream decorating.. pelbagai warna, dan dekorasi... sesuai untuk jamuan parti harijadi, potong jambul, aqiqah atau diberi kepada tetamu sempena majlis pertunangan atau perkahwinan sebagai "door gift" .


Ini kek Coklat saya buat sempena majlis harijadi anak sulong yang ke-4,Kakak pada Julai baru-baru ini Kakak request nak kek dengan gambar watak kartun Dora The Explorer, puas aku cari, tak ada pula jual, saya beli je Upin & Ipin ni, Kakak minat juga. Selamat Hari Jadi Kakak. Kek ini saya topping dengan buttercream.


Coklat Brownies dengan badam cincang, dengan topping coklat ganache, ditaburi badam hiris.


Muffin Coklat dengan pelbagai taburan di atasnya.


Kek Keju Blueberry ni tempahan dari adik saya untuk hari jadi adik iparnya.


Ini ialah biskut berhias, biskut badam dihias dengan gula royal aising.


Biskut Makmor, tempahan dibuka untuk hari raya, RM16-50 biji. Jadi kalau 100biji jadinya RM32 la yer...



Ini di antara kuih, biskut,kek yang saya buat untuk dijual, dibuka untuk tempahan. Ada Kek Coklat, Kek Keju Blueberry, Muffins, Cupcakes dengan hiasan topping buttercream ataupun fondant, Biskut Berhias (royal aising), Krim Puff, Kek Lapis dengan berbagai perisa.

My Lasagna


Inilah hasil lasagna, lama dah nak buat, tapi tak kesampaian. Cakap ngan cik abang, tiap2 hari makan nasi jer.. ape kata hari ni kita makan western sikit... dia setuju.Buat lasagna dengan mushroom soup sekali... nikmat. kalau nak resepi, nanti aku post kat sini yer... alahai.. copy dari tenet jugak... terima kasih la kepada orang yang mengepost resepi ke dalam tenet ni, moga ilmu yang dikongsi bersama mendapat ganjaran dari Allah s.w.t. amiin

Monday, March 15, 2010

Setelah beberapa hari...

Salam... salam 1 Malaysia... setelah beberapa hari tak menulis di blog ni, baru hari ni berkesempatan menulis semula.Tengok-tengok, ada pulak new follower, thanks Yana.Hari ni nak bercerita pasal ape, cuma nak meluahkan rasa gembira, akan pulang ke kg, Johor Bahru pada hujung bulan ni, jumpa mak,ayah, adik2.Good nite

Sunday, March 7, 2010

Happy sesangat !!!

Salam semua.selamat tengahari yer... nak kata petang, panas sekarang ni.Erm... nak kongsikan bersama di sini berkenaan dengan teman2,kawan2,rakan2,sahabat.... tadi search kat FB nama2 kawan2 lama, jumpa sorang ni, sebb dia guna nama betul.Dalam senarai rakan FB dia, ramai kawan2 lama aku, dari SMTP, JB.Sek Men Taman Pelangi, tapi aku rasa macm nak lupakan jer kawan2 aku semua tu, semua dah lupa aku, aku jer terhegeh2 cari diorang, nak tahu pasal diorang, diorang?hampeh, kecik hati aku... xpela,aku ada invite diorang, kalau diorang accept my invitation aku, ok, kalau tak, lupe kan jer memory kat SMTP tu, bcoz aku ada kawan2 yang ingat aku kat SMKMB,JB.Sek Men Keb Majidi Baru.

Tq all of u, u're always in my heart.

Weekends yang sempurna....

Salam.Aku katakan weekends yang sempurna adalah kerana, aku dan suami dapat menikmati cuti hujung minggu bersama anak-anak, walaupun tidak keluar rumah bawa anak-anak berjalan di taman, tapi mereka tetap seronok bergurau senda dan bermain bersama-sama. Masak untuk makan tengahari, ungkep ayam, tapi dipanggang di dalam oven yang sama aku gunakan untuk membakar kek, muffin dan kek cawan, ayam goreng untuk anak-anak kerana ungkep tu pedas, kacang panjang goreng, sotong giant masak sambal dan kentang goreng sambal.

Gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut suka la hati....

Saturday, March 6, 2010

Facebook facebook!!!

Hari ni, tak ada ape yang menarik, mengadap laptop je.Tak keluar rumah pun, no taman,no jalan2.Duk umah, upload gambar, posting kat blog ni, buka FB,add kawan lama yang baru jumpa. Hari ni, buka FB Asyaary, add Reduzuan, mcm dah gemuk je mamat ni... Add Juliana Ishak, wah! dah jadi pengurus cik Juliana ni, hebat!hebat!

Buka blog Farahanafiza http://merpatijb.blogspot.com/ . Jadi followers dia, Farah, hapi belated besday...

Friday, March 5, 2010

Resepi Kek Coklat Kukus


hah! kepada penggemar kek coklat, ini ada satu resepi kek coklat kukus. Mungkin ada yang dah tahu resepi ni, tapi x mengapa, saya nak kongsi kan juga kepada sesiapa yang berminat. Ini resepinya


Bahan-bahan (8 in)

1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak masak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur

Cara-cara

1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak
ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
4. Masukkan tepung sikit-sikit dan gaul sebati.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah dilengser dengan minyak dan lapik
dengan kertas minyak.
6. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam di dalam
kukusan yang telah dipanaskan sebelumnya.
7. Angkat dan sejukkan.