Sunday, March 7, 2010

Weekends yang sempurna....

Salam.Aku katakan weekends yang sempurna adalah kerana, aku dan suami dapat menikmati cuti hujung minggu bersama anak-anak, walaupun tidak keluar rumah bawa anak-anak berjalan di taman, tapi mereka tetap seronok bergurau senda dan bermain bersama-sama. Masak untuk makan tengahari, ungkep ayam, tapi dipanggang di dalam oven yang sama aku gunakan untuk membakar kek, muffin dan kek cawan, ayam goreng untuk anak-anak kerana ungkep tu pedas, kacang panjang goreng, sotong giant masak sambal dan kentang goreng sambal.

Gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut suka la hati....

No comments: