Monday, March 15, 2010
Setelah beberapa hari...
Salam... salam 1 Malaysia... setelah beberapa hari tak menulis di blog ni, baru hari ni berkesempatan menulis semula.Tengok-tengok, ada pulak new follower, thanks Yana.Hari ni nak bercerita pasal ape, cuma nak meluahkan rasa gembira, akan pulang ke kg, Johor Bahru pada hujung bulan ni, jumpa mak,ayah, adik2.Good nite
Sunday, March 7, 2010
Happy sesangat !!!
Salam semua.selamat tengahari yer... nak kata petang, panas sekarang ni.Erm... nak kongsikan bersama di sini berkenaan dengan teman2,kawan2,rakan2,sahabat.... tadi search kat FB nama2 kawan2 lama, jumpa sorang ni, sebb dia guna nama betul.Dalam senarai rakan FB dia, ramai kawan2 lama aku, dari SMTP, JB.Sek Men Taman Pelangi, tapi aku rasa macm nak lupakan jer kawan2 aku semua tu, semua dah lupa aku, aku jer terhegeh2 cari diorang, nak tahu pasal diorang, diorang?hampeh, kecik hati aku... xpela,aku ada invite diorang, kalau diorang accept my invitation aku, ok, kalau tak, lupe kan jer memory kat SMTP tu, bcoz aku ada kawan2 yang ingat aku kat SMKMB,JB.Sek Men Keb Majidi Baru.
Tq all of u, u're always in my heart.
Tq all of u, u're always in my heart.
Weekends yang sempurna....
Salam.Aku katakan weekends yang sempurna adalah kerana, aku dan suami dapat menikmati cuti hujung minggu bersama anak-anak, walaupun tidak keluar rumah bawa anak-anak berjalan di taman, tapi mereka tetap seronok bergurau senda dan bermain bersama-sama. Masak untuk makan tengahari, ungkep ayam, tapi dipanggang di dalam oven yang sama aku gunakan untuk membakar kek, muffin dan kek cawan, ayam goreng untuk anak-anak kerana ungkep tu pedas, kacang panjang goreng, sotong giant masak sambal dan kentang goreng sambal.
Gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut suka la hati....
Gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut suka la hati....
Saturday, March 6, 2010
Facebook facebook!!!
Hari ni, tak ada ape yang menarik, mengadap laptop je.Tak keluar rumah pun, no taman,no jalan2.Duk umah, upload gambar, posting kat blog ni, buka FB,add kawan lama yang baru jumpa. Hari ni, buka FB Asyaary, add Reduzuan, mcm dah gemuk je mamat ni... Add Juliana Ishak, wah! dah jadi pengurus cik Juliana ni, hebat!hebat!
Buka blog Farahanafiza http://merpatijb.blogspot.com/ . Jadi followers dia, Farah, hapi belated besday...
Buka blog Farahanafiza http://merpatijb.blogspot.com/ . Jadi followers dia, Farah, hapi belated besday...
Friday, March 5, 2010
Resepi Kek Coklat Kukus
hah! kepada penggemar kek coklat, ini ada satu resepi kek coklat kukus. Mungkin ada yang dah tahu resepi ni, tapi x mengapa, saya nak kongsi kan juga kepada sesiapa yang berminat. Ini resepinya
Bahan-bahan (8 in)
1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak masak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur
Cara-cara
1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak
ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
4. Masukkan tepung sikit-sikit dan gaul sebati.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah dilengser dengan minyak dan lapik
dengan kertas minyak.
6. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam di dalam
kukusan yang telah dipanaskan sebelumnya.
7. Angkat dan sejukkan.
Untuk melembut kan hati anak
salam.. di sini saya nak berkongsi berkenaan dengan sesiapa yang ada anak, anak nakal ke, keras hati ke, ni ada doa yang boleh diamalkan oleh ibu terutamanya juga kaum bapa.
Doa dari surah Syura ayat 19, kalau tak ada Quran buat masa ni, boleh refer di laman ini untuk al-Quran online, http://www.quranflash.com/en/quranflash.html
Surah al-Syura ayat 19 yang bermaksud : Allah maha lembut tadbirnya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya_ kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan);Dan Dialah yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa, Sadaqallahualazim.
Selain dari itu, kaum ibu boleh juga buat solat malam, buat lah solat sunat taubat 2 rakaat, kemudian solat sunat hajat, minta dengan maha Pencipta kita, Allah taala agar melembut kan hati si anak, agar lembut hatinya untuk menerima ilmu pelajaran, tidak tinggal solat dan mendengar kata ibu dan ayah. Doakan juga dengan surah di atas.

Thursday, March 4, 2010
Alhamdulillah... akhirnya dapat jua...
Salam... pada tanggal 30 Januari 2010, aku berjaya akhirnya ke kelas beginnners untuk belajar fondant cupcakes, dapat bertemu kak Jun, cikgu yang mengajar tentang fondant ni. sesiapa yang berminat, boleh lawati lawan web kak Jun, cupcakekasih.blogspot.com.
Banyak juga aku belajar, menimba ilmu pengetahuan.
Ini gambar kawan2 lain yang turut serta dalam kelas Kak Jun pada hari tu.
Ini pula di antara hasil kerja saya dan rakan-rakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)